Saturday, October 13, 2012




Perkembangan Staf di Pulau Aman
9 Februari yang lalu ramailah cikgu-cikgu dan staf yang mungkin buat pertama kali ke Pulau Aman dapat merasai pengalaman menaiki bot ke Pulau Aman.  Pulau yang terkenal dengan hidangan makanan laut yang fresh.  Program Latihan Dalam Perkhidmatan dengan kerjasama Sektor Jaminan & Kualiti JPN Pulau Pinang turut disertai Tuan Pengarah JPN Tn. Hj. Ahmad Tarmizi Kamaruddin, Ketua Sektor Tn. Hj. Mohd. Daud Hasanuddin dan Ketua Unit Tn. Hj. Bohari Samsudin.

Selain Tazkirah Kerohanian, sempat juga diadakan beberapa aktiviti Rekreasi Minda dan Team Building.  Terima kasih kepada semua yang sporting melakukan aktiviti.  Harap tidak ada yang berkecil hati, ambil yang baik untuk dibawa pulang.....


 




 
 


 





Belon dalam belon


  
 Sejarah Telaga Mas




  

 
 Udang "Besau"

 
Ketam pun "Besau"

 Jawatan Kosong
Baru-baru ni, waktu pulang ke kampung semasa melalui Pekan Yan Kecil yang mana pekannya sebesar namanya sempat singgah sebentar menunaikan tanggungjawab terhadap Yang Maha Esa.  Yang menariknya di pagar masjid pekan yang kecil itu terpampang kain rentang yang besar, yang manis kata-katanya dan halus kata-katanya.  Tak seperti kain rentang yang terentang daripada pihak-pihak yang berlawan menjelang ........ raya 5 tahun sekali.  Alangkah baiknya menggunakan perkataan yang semanis ini untuk perpaduan ummah.  Baca dan fahamilah sendiri banner di bawah... sekadar menyebarkan risalah...

 
  Saja Jalan-jalan di Bukit Bendera, Pulau Pinang
Dah lama tak pi Bukit Bendera, hari tu bila free pi la...

 
 
 
 


 
 
 Malam di Pesta Pulau Pinang
 


Masih Seperti Dulu
Sesekali pulang ke kampung  memandang sawah padi jiwa terasa tenang.  Hilang seketika tekanan dan kesibukan bekerja.  Dada terasa lapang, hilang pening kepala.

 
 Waktu senja

 
 Tali air 

 
 Sawah padi yang sudah dituai

 
 Tali air yang kering

 


 PEMANDANGAN TERINDAH?
Setiap hari melintasi pekan Kulim menghala ke arah Bukit Mertajam pasti akan terpandang bangunan lama (dahulunya diduduki jabatan kerajaan) ditinggalkan berusang tanpa memberikan apa-apa makna dan mesej.  Tidak pasti dibiarkan berkeadaan begitu untuk apa tujuan.  Untuk tatapan, untuk diambil gambar sebagai kenang-kenangan atau untuk dilihat anak cucu atau tak tahu siapa yang bertanggung jawab atau apa-apa yang kita sendiri tidak tahu menahu.  Terpulang kepada penduduk tempatan daerah Kulim untuk mentafsir atau menilainya.  

Terpulang kepada mereka yang menatapnya untuk menganggap itulah bangunan yang paling cantik atau paling sakit mata di tengah-tengah pekan Kulim.  Bandar yang semakin berkembang maju dari segi perindustrian, perumahan, pejabat pentadbiran dan pasar raya yang besar, tidak ketinggalan dengan  warga asingnya sudah tentu.

 

OK ke?
Letih betul agaknya si comel ni.  Tak sempat nak balik rumah nak lelapkan mata.  Atas "bonet" kereta pun jadi.  Sebelum lelapkan mata, sempat pulak beringat peluk 'wiper' tu.  Kalau tidur kat bawah kereta nasib tak baik arwah jadinya.  Adoh, penat hari ni! Mana nak fikir masalah kerja, masalah negara, masalah dunia lagi..... dan lagi.... dan  lagi...
 

AYAT-AYAT BOOM!
Kali ini saya ingin berkongsi ayat-ayat boom daripada seorang rakan.  Terima kasih kepada rakan yang ingin berkongsi maklumat untuk tatapan semua.  Terima kasih kepada pengunjung yang sudi menjengah blog yang tidak seberapa.  Ilmu  bukan untuk disimpan, tetapi untuk disebarkan.  Sebiji benih kalau disimpan akan buruk dan rosak, tapi jika disemai dan dibaja akan tumbuh akan mengeluarkan daun, bunga seterusnya berbuah.  Jika tidak dapat merasai kemanisan buahnya, sekurang-kurang dahan dan daun dapat dijadikan tempat untuk berteduh.  Betul tak....?

  Ayat-ayat ini kurang sesuai untuk budak-budak yang masih di bangku sekolah.  Jangan guna untuk menjawab soalan peperiksaan.  Kena lempang sendiri tanggung.  Ayat ini  sesuai untuk orang dewasa yang nak lepaskan tension.  Ok, ayat-ayatnya  ya...!

1.   Ke mana tumpahya, kuah kalau tidak ke bawah
2.  Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3.  Biar lambat, asalkan tak cepat
4.  Di mana ada gula, di situlah ada gula-gula
5.  Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
6.  Secupak takkan jadi 12 cupak
7.  Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati  
      meninggal dunia
8.  Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan dalam mulut
9.  Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap
10. Alang-alang mandi biar guna sabun
11. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
12. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
13.  Lembu punya susu, cap teko dapat nama
14. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis
15. Jika kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit
16. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa, orang lain mau
17.  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
18. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
19.  Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
20. Kalau tidak dipecahkan kelapa, manakan dapat minum airnya

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
Semua  orang tahu dan semua orang faham terutamanya orang Islam bahawa kebersihan dan kesucian itu amat penting.  Sehingga dinyatakan sebahagian daripada iman seseorang itu berada pada kebersihannya.  Bersih fizikal dan mental, bersih luaran dan dalaman, bersih yang nampak dan tak nampak yakni hati.  Persoalannya sejauh mana amalan kebersihan ini dipedulikan dan diambil berat oleh setiap individu.  Tak kira di tempat persendirian atau di tempat awam.  Tanggung jawab siapa untuk mempedulikannya. Kita atau orang lain kerana  kita juga sebahagian daripada orang lain.

Ingin rasanya berkongsi pengalaman seorang rakan yang pernah berkunjung ke negara matahari terbit yakni Jepun.  Suatu hari dia nak ke tandas awam untuk melepaskan hajat.  Apabila ditolaknya pintu tandas ada seorang Jepun yang berusia separuh abad sedang mencuci dan mengelap mangkuk tandas.  Rakan ini bertanya adakah dia seorang pekerja membersihkan tandas tersebut.  Dia beritahu dia bukan pekerja di situ, tapi baru saja selesai menggunakan tandas tersebut.  Rakan ini bertanya lagi.  Habis tu mengapa dicuci mangkuk tandas kalau bukan bekerja di sini.  Dia beritahu, lepas ni ada orang lain pulak yang akan gunakan tandas ini. sebab tu dia cucikan.  Nanti orang lain susah nak guna. Sebab tu rupa-rupanya. Oooo,   barulah rakan ni faham.
Beza tak dengan kita di sini.... Kalau tandas awam jangan cakap macam mana, memang nak masuk pun 'tak lalu'.  Tau guna tak tau nak flush, itu belum lagi tangan-tangan kreatif yang tak bertempat melukis dan menulis kata-kata lucah di pintu dan sekeliling dinding lagi.  Tak faham betullah!  Sampai bila...........

 

PANTUN MALAS SEMBAHYANG
Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi aku jasad siap dengan dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam dan siang

Apasal la aku malas sembahyang 
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang

Apasal la aku malas sembahyang 
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang

Apasal la aku malas sembahyang  
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...
 
Apasal la aku malas sembahyang  
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la aku malas sembahyang 
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang....!

KUCING BERKAKI SEMBILAN?

 
 Pernahkah anda melihat kelibat kucing berkaki sembilan di mana-mana?  Pernahkah anda melihat kucing bertanduk?  Mungkin kedua-dua fenomena ini tidak pernah dilihat dan tak mungkin dapat dilihat.sampai bila-bila kecuali dengan takdir Yang Maha Esa.  Namun suatu hari saya ada melihat secara tidak  sengaja seekor kucing yang gemuk montel berkaki sembilan sedang berjalan-jalan 'melengggang lenggok Mak Limah' setelah mendapat habuan seekor ikan dari kedai makan sebelah kedai membaiki motor.  Saya beritahu seorang budak yang kebetulan berada tak jauh dari situ.  Awak nampak tak seekor kucing berkaki sembilan lalu kat sini tadi.  Puas dia cari namun tak nampak.  Yang dia nampak hanya seekor kucing berkaki empat yang kekenyangan.  Saya beritahunya memang ada tadi. yang sedang lalu di kaki lima kedai.  Cuba kamu kira lima tambah empat jadi berapa.  Sembilanlah pakcik.  Itulah dia.......




     Kasihan budak-budak ini walaupun terpaksa bergayut pada jambatan gantung yang tergantung, digagah jugak ke sekolah semata-mata nak ke sekolah untuk mencari ilmu buat bekalan pada masa tua.  Siapa yang sanggup buat macam ni?  Di bawah tak tau berapa ekor sang buaya yang sedia menanti sebagai habuan.  Tapi lain hal di tempat anda.  Jalan raya dari depan rumah sampai depan pintu sekolah.  Buka pintu pagar rumah, masuk pintu kereta.  Masuk kereta  "tut-tut" sampai pintu sekolah.  Sampai di pintu sekolah, mak bapak pulak galas beg sampai pintu kelas. Amboi hebat sungguh budak-budak la n!.  Itu pun cakap mak bapak tak mau dengar.  Di sekoah cikgu tak boleh marah, tak  boleh rotan.
Jadi ingatlah jangan sia-siakan apa yang ada.  Manfaatkan apa yang diperoleh.  Jangan jadi tuan sebelum masanya.  Belajarlah betul-betul, bila ada kedudukan nanti barulah jadi tuan. Ok! 

     Penguin pun pandai berkawan dan pandai mencari kawan. Nak cari kawan carilah yang boleh tolong kawan, bukan nak menjahanamkan kawan.Kawan yang dipanggil sahabat ketika susah dan senang.  Nak cari kawan senang, nak cari sahabat tu yang susah.  Jangan ingat kawan dengan sahabat tu sama.  Senang sama senang, susah sama susah.  Itu yang dipanggil sahabat sejati.

     Budak-budak la... ni... banyak yang rosak kerana kawan. Sanggup tipu mak bapak kerana kawan.  Tapi tak pulak yang tipu kawan kerana mak bapak.  Selepas ni jangan buat dah perangai macam tu....!


    
     Macam katak ni, dia berkawan dengan semua.  Tak kira dengan siapa.  mamalia ke, ampibia ke semua dia berkawan.  Sanggup dokong kawan pulak tu!  Tak rasa nak aniaya pun.  Walhal dia boleh buat macam-macam tapi dia tak ada niat pun.  Dengan mula 'slamber' tahan belakang.  Katak pun ada hati perut.  Kita ada perut, tapi tak ada hati. Betul ke...! "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.  Ianya wujud tapi amat sukar dilihat".
 Renungkanlah dan cerminkan diri. Siapa kita sebenarnya.







 
Jika kita hendak tahu baik manusia, tengok kepada tingkah lakunya;
Dalam bercakap dia beradab,
Dalam berjalan dia sopan,
Dalam duduk dia tawaduk,
Dalam berdiri dia berbudi.

Kalau nak tahu baiknya orang, budi bahasanya engkau pandang;
Bercakap lidahnya sedap,
Berkata bermanis muka,
Berbual berlurus akal,
Bermesyuarat menurut adat,
Bekerja dengan ilmunya,
Kepada sahabat ingat-mengingat,
Kepada saudara jaga-menjaga,
Kepada kawan segan-menyegan,
Ditimpa musibah dia tenang,
Susah tidak berkeluh kesah,
Senang tidak sewenang-wenang,
Melarat tidak mengumpat,
Kaya tidak menganiaya,
Berlebih tidak menindih,
Kurang tidak meradang.
.

     Masih wujudkah semangat kerjasama dalam kehidupan kita pada masa kini.  Masih wujudkah semangat tolong-menolong pada hari ini.  Teringat masa dulu-dulu, sebuah rumah dapat diangkat dan diusung dengan tulang empat kerat.  Mana datangnya tenaga.  Mana datangnya khudrat.   Itupun dengan makan nasi dengan ikan kering masin. Tak ada pun  mentega.  Tak ada pun kopi kuat itu dan ini.  Hanya yang ada semangat.  Semangatlah yang memberikan kekuatan. Pasti!

Pelancaran 'Streamer' sebagai motivasi dan galakan kepada anak buah agar berbangga dengan tempat mereka belajar dan menimba ilmu.  Agar kata-kata perangsang sentiasa tersemat di dalam dada.

     Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan di Putri Ayu Chalet & Training Centre, Batu Hampat, Yan Kedah baru-baru ini untuk Staf Akademikdan Staf Sokongan selama dua hari satu malam.  Tempat yang selesa dan menu yang memuaskan sesuai untuk peringkat usia pertengahan dan lagi sepuluh tahun nak pencen.
 
     Tahniah kepada peserta kerana berjaya melakukan aktiviti yang direncanakan dalam slot "Team Building " dan "Protokol & Etiket Sosial".  Sebagai penceramah dan fasilitator saya rasa semuanya sporting libatkan diri tanpa rasa malu-malu dan segan-segan.  Kalau nak lagi, nanti kita buat kat tempat lain pulak.  Kat bukit ke, kat pulau ke....... bagi tau sajalah........

 TEAM BUILDING DI PUTERI AYU CHALET, 
BATU HAMPAR, YAN


RASA, MERASA, BERASA, RASA-RASA, PERASAN ?

Apakah itu rasa?  'Rasa' adalah perihal sesuatu yang dikecap dengan lidah atau keadaan yang dialami oleh kulit apabila terkena sesuatu.  'Merasa' bermaksud mengalami rasa dengan lidah. 'Berasa' pula adalah  mendapat rasa yang dialami oleh bahagian badan seperti sengal atau mempunyai rasa manis, masin, masam dan sebagainya. 'Rasa-rasanya' pula bermaksud agaknya, barangkali, seolah-olah atau ada ingatan di dalam hati. 

Perkataan yang akan dibincangkan adalah 'RASA-RASANYA'.  
Rasa-rasanya adakah kita seorang yang baik, seorang yang rajin, seorang yang penyayang, seorang yang pemurah, seorang yang berbudi dan  macam-macam lagi yang kita rasa?
Adakah perlu kita hebahkan apa yang kita rasa? Atau adakah kita perlu ceritakan apa yang kita rasa? Atau adakah kita perlu tunjukkan apa yang kita rasa?
Sebenarnya rasa pemurah, rasa berbudi, rasa baik dan  rasa rajin tidaklah perlu ditunjuk-tunjukkan, dihebah dan diceritakan.   Cukuplah apa yang kita lakukan dan pamerkan orang lain dapat merasainya secara tidak langsung.  Kita tak rasa kita rajin, tapi orang lain dapat merasai kerajinan kita.  Kita tak rasa kita baik, tapi orang lain dapat merasai kebaikan kita.  Kita tak rasa kita prihatin, tapi orang lain dapat merasai keperihatinan kita. Jika kita turut merasainya dan menyebut-nyebutnya, kita akan menjadi seorang yang 'PERASAN'atau ditimpa 'PERASAAN'.
Lainlah kalau kasih sayang. Ia kadangkala perlu diucapkan dengan kata-kata. Tidak cukup dengan tingkah laku semata-mata.  'Jangan perasan pulak bro....... (sekadar memetik kata-kata  anak muda)

Tahniah kepada pasukan PPIM di bawah jurulatih Pn. Norhayati dan yang lain-lain kerana bersungguh-sungguh melatih puteri-puteri SKKS sehingga mendapat Johan Kawad Kaki Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Berbaloi berpeluh di tengah padang.  Kami tumpang berbangga dengan kejayaan kalian.





Motivasi Dwimingguan kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan. Kata-kata perangsang dan semangat supaya tidak lupa dan alpa dengan tarikh peperiksaan yang sudah tidak lama.  Ibarat menarik tali layang-layang, tidak terlalu kendur dan tidak pula terlalu 'cekang atau tegang'.  Perlu betulkan 'terajunya'  agar tidak terlalu melenggok sampai tidak terkawal.
 
Watikah Pelantikan Pengawas Disiplin, Pusat Sumber, Makmal ICT dan Ketua Darjah daripada 'Pak Sarjan' dari Balai Polis Kepala Batas sebagai sebahagian daripada kerjasama dan jaringan dengan agensi setempat.



Hati dan Hati-hati 
Soal hati... soal yang sukar untuk ditelah dan difikirkan. Seketul daging yang terisi di setiap tubuh manusia mahupun haiwan.  Jika baik seketul daging ini, maka baiklah segalanya.  Ada pelbagai hati. Buah hati, suci hati, sedap hati, baik hati, jantung hati, patah hati, besar hati, ratu hati, cenderahati dan  permata hati.  Selain itu ada juga iri hati, panas hati, susah hati, lemah hati, berat hati, sakit hati, patah hati, hati batu, busuk hati, keras hati, kecil hati, makan hati dan jauh hati.  
     Antara hati-hati tersebut, ada yang positif dan ada yang positif .  Ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh pakai.  Ada yang boleh harap dan ada yang tak boleh diharap.
     Dalam dunia yang penuh dengan kelam kabut ini terlalu banyak gejala yang dipapar di dada akhbar maupun dalam media elektronik lain.  Pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak penculikan dan pembunuhan sudah menjadi perkara yang biasa, tidak lagi luar biasa.  Semuanya disebabkan hati. Sakit hati, busuk hati, tak berhati perut dan tidak berperasaan.  Seolah-olah semua orang tidak boleh dipercayai.  Bapa saudara, abang saudara, bapa tiri malah datuk sendiri pun kadang-kadang boleh 'kelam mata'.  Habis siapa lagi yang boleh diharap. Nauzubillahuminzalik.
     So.... hati-hatilah .....waspadalah ... jaga-jagalah ....kawal-kawallah .......
Amalan Memotong Kuku 

Sebahagian daripada kita sangat mengambil berat tentang disiplin diri. Sebahagian daripadanya tak kisah sangat.  Take easy.  Begitulah dalam hal memotong kuku.  Tak kira hari apa, siang atau malam.  Asal saja ada masa lapang terus potong.  

Tetapi bagi mereka yang mengamalkan sunah ia dianggap sebahagian daripada cara hidup. Begitu halnya dengan amalan memotong kuku.  Adalah sunat dimulakan dari dua tangan sebelum dua kaki. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari, kemudian barulah berpindah ke tangan kiri dengan dimulakan dari jari kelingking, kemudian jari manis hingga ke akhirnya. 

Sesudah itu turun ke kaki kanan dengan dimulakan dari jari kelingking dan disudahi dengan jari kelingking kaki kiri. Demikian menurut Imam al-Nawawi.
Pada mulanya tentulah rasa susah.  Tapi lama-lama dah biasa okla. Potong kuku saja, jangan sampai potong jari, kecuali bagi yang ada penyakit kencing manis.  Terpaksa la....
Selamat mempraktikkan.....

10 Sifat Semut yang patut dicontohi oleh manusia

 1.  Peka terhadap segala hal yang terjadi dalam lingkungannya serta selalu memelihara rasa  kasih sayang.

2.  Selalu positif dalam berfikir dan bertindak demi mencapai tujuan

3.   Memiliki inisiatif dalam menjalankan usaha berdasarkan motivasi yang kuat untuk maju dan mencapai tujuan tanpa menunggu komando.

4.   Berusaha selalu optimis dalam setiap langkah, namun tidak sombong dan selalu menghargai serta menghormati orang lain.

5.   Selalu kreatif dalam berusaha dengan melakukan berbagai inovasi agar dapat memenangkan persaingan dan menjadi ‘Leader’ dalam lingkungannya.

6.   Memiliki rasa tanggung jawab yang besar terhadap kehidupan dan  kegiatan, disiplin yang tinggi dalam menjalankan semua peraturan/ketentuan demi mencapai tujuan.

7.   Mampu menjalin kerjasama untuk memikul dan  menjalankan tugas agar sukses.

8.   Bekerja secara profesional, tekun dan sungguh-sungguh untuk mencapai hasil yang maksima.
9.   Memiliki komitmen yang tinggi terhadap semua keputusan/peraturan dan kesepakatan yang telah ditetapkan serta bertanggung jawab melaksanakannya tanpa tawar-menawar.  
 10.   Memiliki kemampuan berkomunikasi dengan menguasai tekniknya secara baik  sehingga mampu menyampaikan segala informasi yang diperlukan tanpa menimbulkan kesalahfahaman.
  


Cerita 1
Pada suatu hari saya ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut yang sudah mulai panjang.  Si Tukang Gunting menyuruh saya duduk di atas 'kerusi pusing'.  Dia mulai melilit kain dileher dan menutupi seluruh bahagian badan saya.  Dia mulai menggunting rambut dengan penuh sopan.  Tiba-tiba dia bersuara,  "Encik hari ini saya akan menggunting seluruh rambut encik, biar botak."
Saya menjadi hairan mengapa dia berkata begitu.
"Encik ingat tak 15 tahun dulu, waktu saya masih bersekolah encik gunting rambut saya sampai botak kerana berambut panjang.  Sayalah anak murid cikgu.  Saya nakal, tak dengar cakap dan malas. Dah besar panjang inilah kerja saya cikgu, gunting rambut."
Saya berkata kepadanya  bahawa saya masih berbangga dengannya walaupun pelajaran tidak tinggi tapi boleh bekerja sendiri dan mencari punca rezeki yang halal. Tidak menyusahkan mak bapak.



Cerita 2
Suatu hari  gigi geraham saya rosak kerana banyak makan gula-gula waktu budak-budak.  Saya ke klinik gigi untuk tujuan mencabut gigi tersebut.  Seperti biasa doktor gigi menyuruh saya baring di atas kerusi lembut dan menyuruh saya membuka mulut. Saya tunjukkan gigi yang rosak tersebut kepadanya. Dia mula bersuara.
"Encik, hari ini saya akan cabut semua gigi encik mana-mana yang masih  ada." Saya hairan mengapa doktor berkenaan berkata demikian.
"Encik masih ingat lagi, 20 tahun lalu encik tampar pipi saya sampai longgar gigi macam nak tercabut.  Sayalah anak murid cikgu yang cikgu tampar tu, dek cakap bohong dan  meniru. Tapi sejak hari tu saya tak bohong, menipu dan meniru lagi. Saya berazam nak menjadi budak yang baik dan pandai.  Nak tunjuk kepada cikgu saya  boleh berjaya. Hari ini saya dapat buktikan, cikgu.  Terima kasih cikgu kerana menyedarkan saya sehingga menjadi orang yang berguna.  Saya bangga dengan cikgu."

Dua cerita tadi saya lontarkan kepada murid-murid yang mendengar ucapan saya agar belajar bersungguh-sungguh.  Kejayaan hanya dapat dicapai jika tekun dan berusaha.  Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kemahuan menjadi cita-cita, cita-cita menjadi tabiat, tabiat menjadi disiplin, disiplin yang menentukan kejayaan kita.



Seekor anak ayam mungkin akan bertanya apa benda dalam pinggan tu.  Tak pernah tengok pun.  Mengapa ada dalam pinggan.  Datang dari mana?  Lepas ni nak jadi apa?  Kalau dia tahu nak jadi habuan manusia tentu dia terkejut besar.  Nasi lemak dah dok tunggu.
Dia juga masih bernasib baik kerana sempat hidup, tak sempat digoreng manusia.  Sempat tengok dunia yang bermacam-macam cerita yang haru-biru ni.  Tapi dunia fana ni dia tak tau terlalu banyak orang atau manusia yang pandai 'goreng' sampai tak tau, cerita/hal yang mana satu betul yang mana satu  direka-reka.  Biasanya orang pandai mereka-reka cerita supaya nampak betul.  Namun hakikatnya kebenaran dalam ilmu Yang Maha Esa.


Dalam sebuah kehidupan seseorang akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai impian dan cita-cita.  Berkat ketabahan dan kekentalan diri akhirnya impian akan menjadi kenyataan.   Tatkala itu diri sudah mula lupa asal, kesusahan dan kepayahan yang pernah dilalui.  Kejayaan yang dicapai mulai dirasai hasil penat lelah dan susah payah diri sendiri.  Tanpa disedari ia adalah hasil daripada sokongan orang sekeliling.  Semakin tinggi puncak didaki semakin jauh dari rumput di bumi.  Sesekali perlu juga turun ke bumi.  
Kalian insan ciptaan Tuhan  perlu diberikan kesempatan untuk merasai dan mengecapi nikmat kehidupan.   Biar semuanya dapat berkongsi.  Tiada siapa yang monopoli.  Burung yang seluruh kehidupan sentiasa dikurung di dalam sangkar sesekali biarlah bebas untuk melihat dunia yang luas, merasai nikmat seperti insan lain yang bebas mengecapi nikmat  Ilahi.  Biar kucing pula berada dalam sangkar merasai bagaimana kehidupan seekor burung yang terkurung.  Makan diberi tapi tiada kebebasan diri.
Begitu juga kehidupan di fana ini.  Sesekali orang senang patut merasai pengalaman orang yang kurang berada, dan orang yang susah berilah sedikit peluang untuk merasai cebis-cebis nikmat yang tidak pernah dirasai sebagaimana orang yang yang lebih berada.  Kekayaan negara patut dikongsi.

Saya ada jumpa seorang budak (Mat -bukan nama sebenar).  Saya tanya  dia bila dia beranak(lahir).  Dia cakap hari Rabu di sebuah hospital.  Saya tanya seorang budak lagi (Lan- bukan nama sebenar).  Dia cakap hari Ahad, di mana dia tak tau sebab mak dia tak bagi tau.  Dia pun tak pernah tanya.  Mat jadi hairan.  Mat tanya Lan, "Hari Ahad bukan ke public holiday. Semua pejabat cuti, mana ada orang pi  kerja, mana boleh beranak."  Lan jadi marah. "Awak ingat mak aku nak beranak boleh tunggu hari ke? Bila dia rasa nak beranak, dia beranak la." Relak la Lan, jangan 'mare' (marah).
Suatu hari semasa saya ke pekan Kulim sebuah daerah di selatan negeri Kedah Darul Aman saya terpandang dua orang lelaki sedang berjalan beriringan menyusuri laluan bahu jalan raya.  Seorang memimpin tangan seorang lagi yang memegang sebatang tongkat putih.  Rupa-rupanya lelaki bertongkat putih menghadapi masalah penglihatan (kurang upaya penglihatan bahasa yang lebih manis).  Apabila saya mendekati mereka berdua, saya dapati lelaki yang memimpin rakannya juga menghadapi masalah kabur penglihatan.  

Saya amat kagum dengan lelaki berkenaan.  Bagaimana seorang yang perlu dipimpin memiliki hati nurani yang sangat mulia sanggup memimpin orang lain sedangkan diri sendiri amat memerlukan pertolongan dan pimpinan.  Persoalannya bagaimana hati kecil kita andai terpandang insan-insan yang memerlukan perhatian dan bantuan.  Berapa kerat yang sanggup berhentikan kereta sama ada mewah atau sederhana memberikan sedikit ihsan.  Dan berapa kerat insan yang insaf atas nikmat dan rahmat yang Allah berikan.  Hakikatnya apa yang kita miliki bukanlah milik kita yang kekal, namun kita pinjam daripada Yang Maha Esa.  Semuanya akan kita kembalikan apabila tiba masanya.

Salam sejahtera.
Catatan 1
Kita sering bertanya-tanya.  Apa lagi yang aku belum miliki?  Apa lagi yang aku perlu ada?  Tetapi jarang kita bertanya apa yang dah aku miliki?  Apa yang dah aku ada?  Sebagai seorang manusia,  kita yang dikurniakan akal dan nafsu kekadang nafsu menguasai diri. sehingga dapat menguasai akal kita.  

Kita jarang bersyukur (bukan semua orang) dengan anugerah Yang Maha Esa.  Anugerah kesihatan.satu-satunya anugerah yang  paling berharga.  Kita tersedar apabila kita sakit.  Kita jarang bersyukur dengan anugerah mata sehingga mata kita dimasuki habuk.  Kita tidak sedar dengan melangkah dan memijak bumi dengan sifat yang sombong (maaf dengan izin)  sehingga kita tersepak seketul batu.  Kekadang kita hanya memandang langit sehingga lupa untuk melihat rumput di bumi.  Kita memberikan perhatian kepada orang yang berada, sehingga lupa kepada orang yang memerlukan pertolongan dan bantuan.  Adakah memang itu sifat manusia... pelupa.....

Catatan 2
Kejayaan kita.  Adakah kejayaan kita selama ini hasil usaha dan inisiatif diri sendiri?  Atau dengan bantuan   dan sokongan daripada orang lain?  Yang pastinya kita tidak mudah naik ke atas jika tiada orang yang menolak dari bawah.  Kita menjadi guru dengan adanya murid, kita menjadi doktor dengan adanya pesakit, kita menjadi pemandu dengan adanya penumpang, kita menjadi imam dengan adanya makmum, kita menjadi pemimpin dengan adanya pengikut dan seterus........

Pendek kata, kita berjaya dengan adanya orang di sekeliling kita.  Manusia tidak boleh hidup bersendirian.  Bukankah hawa dijadikan untuk menemani adam?  Kita dijadikan berpuak-puak dan berbangsa-bangsa bukan untuk bersengketa tetapi untuk mengenali dan memahami antara satu sama lain.
*Kepada rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan dan semangat, jutaan terima kasih saya  ucapkan.  Andalah pembakar semangat saya  untuk  terus berjuang  dalam medan pendidikan.                                








Catatan 3
Semua orang boleh dan berkeupayaan untuk melukis dan melakar.  Lukisan yang pelbagai dan lakaran yang pelbagai.  Berbagai-bagai corak dan fenomena mampu dilakarkan.  Sama ada di atas kertas, kanvas hatta di atas kulit kayu.  NAMUN berapa ramai yang mampu untuk mewarnakan lakaran atau lukisan yang dihasilkan.   Tak semua berkeupayaan. Tak semua berkemampuan.  Tak semua berkesempatan.  

Begitu jua dalam kehidupan  seharian.   Banyak perkara yang kita fikirkan.  Banyak perkara yang kita rancangkan.  NAMUN tidak semua kesampaian.  Warna cerah yang kita pilih, namun warna yang suram membayang.  Semuanya menuntut kepada KESABARAN dan KETABAHAN.
"Semua orang boleh melukis, tidak semua boleh mewarnakan"- warna kehidupan