Thursday, March 28, 2013

JALAN-JALAN REHAT FIKIRAN

Day 1
7.45 pagi bertolak bersama family dengan rakan-rakan SKKS, dan sampai di Jeti Kuala Perlis pada jam 10.00 pagi. Sempat bersarapan dan mengalas perut.  10.30 check ini .  11.00 pagi feri mula meluncur ke jeti kuah.  Manusia ribu-ribuan memenuhi ruang menunggu.

12.00 tgh. feri merapat di Jeti Kuah. Isi barang-barang ke dalam perut bas dan menuju tempat makan.  Makanannya enak dan tidak mahal sangat walaupun time cuti dan 'LIMA 2013'.  1.30 petang sampai ke destinasi pertama iaitu Kilang Gamat Nusantara.
 Minyak Gamat yang Sedang Dimasak

    Minyak Gamat yang Siap Dibotolkan

Penduduk Langkawi yang berjumlah 100,000 orang dan mula menjadi pulau  bebas cukai pada 1987 telah banyak berubah.  Sana-sini ada saja bangunan yang baru didirikan.  

2.45 petang sampai di Beras Terbakar. Dalam perjalanan ada pesanan dan pantang larang yang disampaikan kepada pelawat. Iaitu jangan toleh kiri dan kanan.  Kalau toleh kiri dan kanan alamat tak akan sampai dan jumpa kesan beras terbakar. Tapi ramai yang langgar pantang larang. Kaki mengatur langkah toleh kiri berhenti sekejap, toleh kanan berhenti sekejap buka dompet duit hulur sekeping-sekeping.  Apa tidaknya, nampak kain batik, T Shirt, cenderahati, minyak gamat dan macam-macam lagi.  Alamat tak sampai le ke beras terbakat tu...!  Kan dah pesan...!

4.00 - 5.30 petang menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.  Gayat oooo!  Macam nak jatuh jantung.  Nasib baik tak lemah jantung. Tiket RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.













Setelah penat berjalan-jalan, pukul 6.00 petang barulah check in kat hotel.  Badan berpeluh-peluh sebab cuaca hari ini sangat panas. Selepas menguruskan diri selepas maghrib barulah keluar makan kat depan hotel...

Day 2
9.00 pagi  ke Kilim Geoforest Park.  Menyusuri Sungai Kilim dengan menaiki bot laju yang boleh memuatkan 10  penumpang.  Bayaran RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Sepanjang sungai dapat lihat pokok-pokok bakau dan binatang yang menghuni di situ spt. burung helang, ular dan monyet kalau bernasib baik.

Di pertengahan 'pelayaran; singgah di sangkar ikan.  Melihat ikan belut laut, bagi makan ikan pari-pari dan melihat burung helang menyambar kulit ayam di permukaan air.











Di depannya Laut Andaman di  mana air masinnya masuk ke Sungai Kilim menyebabkan air sungai masin.

Selepas itu memasuki ke dalam gua dipercayai berusia beribu juta tahun di huni oleh sang kelelawar yang bergayut di siling gua.  Terlihat stalaktait dan stalakmait yang cantik.  Gunakan lampu suluh yang disewa dengan harga RM1  untuk memasuki gua.
12.30tgh. - 2.00 ptg.  Berkesempatan melihat pertunjukan udara jet-jet pejuang antarabangsa sempena 'LIMA' di lapangan terbang antarabangsa Padang Mat Sirat.  Bagai nak jatuh jantung dengan deruman enjin ketika melintasi ruang udara.

3.00ptg. - 4.30ptg. Ke Makam Mahsuri yang terkenal dengan lagenda puteri berdarah putih dan sumpahan tujuh keturunan ke atas Pulau Langkawi. Terdapat pameran, persembahan muzik tradisional seperti caklempong dan teater Mek Mulong di panggung khas. 7.30 mlm. - 9.00mlm barulah berkesempatan shopping sikit-sikit barang untuk dibawa balik













Day 3
Bermula pada jam 10.00 pagi mula mengatur langkah ke kedai-kedai yang biasa dikunjungi.  Yang pasti kedai Idaman Suri dan Haji Ismail Group tak pernah ketinggalan untuk tengok-tengok coklat, beg, barangan kaca dan mana-mana yang berkenan.

Sebelum berangkat balik kira-kira jam 4.00ptg sempat singgah di Dataran Helang seketika.

9.00mlm. Barulah sampai ke rumah. Puas dan release tension 3 bulan bekerja pada tahun 2013.  Terima kasih kepada Ustzh Salmiah yang menguruskan Cuti-cuti Malaysia dan Cuti-cuti Shopping Coklat & Corel  ke Langkawi pada kali ini.

Sunday, March 24, 2013

Serba Tak Kena

Serba Tak Kena, Serba Tak Betul
Terkadang susah untuk memuaskan hati semua orang.  Apa yang kita kata betul, mungkin salah bagi orang lain.  Apa yang penting kita fikir betul dan tidak menyusahkan orang lain, jalan sajalah......