Perkembangan Staf di Pulau Aman
9 Februari yang lalu ramailah cikgu-cikgu dan staf yang mungkin buat pertama kali ke Pulau Aman dapat merasai pengalaman menaiki bot ke Pulau Aman. Pulau yang terkenal dengan hidangan makanan laut yang fresh. Program Latihan Dalam Perkhidmatan dengan kerjasama Sektor Jaminan & Kualiti JPN Pulau Pinang turut disertai Tuan Pengarah JPN Tn. Hj. Ahmad Tarmizi Kamaruddin, Ketua Sektor Tn. Hj. Mohd. Daud Hasanuddin dan Ketua Unit Tn. Hj. Bohari Samsudin.
Selain Tazkirah Kerohanian, sempat juga diadakan beberapa aktiviti Rekreasi Minda dan Team Building. Terima kasih kepada semua yang sporting melakukan aktiviti. Harap tidak ada yang berkecil hati, ambil yang baik untuk dibawa pulang.....
Belon dalam belon
Sejarah Telaga Mas
Udang "Besau"
Ketam pun "Besau"
Jawatan Kosong
Baru-baru ni, waktu pulang ke kampung semasa melalui Pekan Yan Kecil yang mana pekannya sebesar namanya sempat singgah sebentar menunaikan tanggungjawab terhadap Yang Maha Esa. Yang menariknya di pagar masjid pekan yang kecil itu terpampang kain rentang yang besar, yang manis kata-katanya dan halus kata-katanya. Tak seperti kain rentang yang terentang daripada pihak-pihak yang berlawan menjelang ........ raya 5 tahun sekali. Alangkah baiknya menggunakan perkataan yang semanis ini untuk perpaduan ummah. Baca dan fahamilah sendiri banner di bawah... sekadar menyebarkan risalah...
Saja Jalan-jalan di Bukit Bendera, Pulau Pinang
Dah lama tak pi Bukit Bendera, hari tu bila free pi la...
Malam di Pesta Pulau Pinang
Sesekali pulang ke kampung memandang sawah padi jiwa terasa tenang. Hilang seketika tekanan dan kesibukan bekerja. Dada terasa lapang, hilang pening kepala.
Waktu senja
Tali air
Sawah padi yang sudah dituai
Tali air yang kering
PEMANDANGAN TERINDAH?
Setiap hari melintasi pekan Kulim menghala ke arah Bukit Mertajam pasti akan terpandang bangunan lama (dahulunya diduduki jabatan kerajaan) ditinggalkan berusang tanpa memberikan apa-apa makna dan mesej. Tidak pasti dibiarkan berkeadaan begitu untuk apa tujuan. Untuk tatapan, untuk diambil gambar sebagai kenang-kenangan atau untuk dilihat anak cucu atau tak tahu siapa yang bertanggung jawab atau apa-apa yang kita sendiri tidak tahu menahu. Terpulang kepada penduduk tempatan daerah Kulim untuk mentafsir atau menilainya.
Terpulang kepada mereka yang menatapnya untuk menganggap itulah bangunan yang paling cantik atau paling sakit mata di tengah-tengah pekan Kulim. Bandar yang semakin berkembang maju dari segi perindustrian, perumahan, pejabat pentadbiran dan pasar raya yang besar, tidak ketinggalan dengan warga asingnya sudah tentu.
OK ke?
Letih betul agaknya si comel ni. Tak sempat nak balik rumah nak lelapkan mata. Atas "bonet" kereta pun jadi. Sebelum lelapkan mata, sempat pulak beringat peluk 'wiper' tu. Kalau tidur kat bawah kereta nasib tak baik arwah jadinya. Adoh, penat hari ni! Mana nak fikir masalah kerja, masalah negara, masalah dunia lagi..... dan lagi.... dan lagi...
AYAT-AYAT BOOM!
Kali ini saya ingin berkongsi ayat-ayat boom daripada seorang rakan. Terima kasih kepada rakan yang ingin berkongsi maklumat untuk tatapan semua. Terima kasih kepada pengunjung yang sudi menjengah blog yang tidak seberapa. Ilmu bukan untuk disimpan, tetapi untuk disebarkan. Sebiji benih kalau disimpan akan buruk dan rosak, tapi jika disemai dan dibaja akan tumbuh akan mengeluarkan daun, bunga seterusnya berbuah. Jika tidak dapat merasai kemanisan buahnya, sekurang-kurang dahan dan daun dapat dijadikan tempat untuk berteduh. Betul tak....?
Ayat-ayat ini kurang sesuai untuk budak-budak yang masih di bangku sekolah. Jangan guna untuk menjawab soalan peperiksaan. Kena lempang sendiri tanggung. Ayat ini sesuai untuk orang dewasa yang nak lepaskan tension. Ok, ayat-ayatnya ya...!
1. Ke mana tumpahya, kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Biar lambat, asalkan tak cepat
4. Di mana ada gula, di situlah ada gula-gula
5. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
6. Secupak takkan jadi 12 cupak
7. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati
meninggal dunia
8. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan dalam mulut
9. Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap
10. Alang-alang mandi biar guna sabun
11. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
12. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
13. Lembu punya susu, cap teko dapat nama
14. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis
15. Jika kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit
16. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa, orang lain mau
17. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
18. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
19. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
20. Kalau tidak dipecahkan kelapa, manakan dapat minum airnya
KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
Semua orang tahu dan semua orang faham terutamanya orang Islam bahawa kebersihan dan kesucian itu amat penting. Sehingga dinyatakan sebahagian daripada iman seseorang itu berada pada kebersihannya. Bersih fizikal dan mental, bersih luaran dan dalaman, bersih yang nampak dan tak nampak yakni hati. Persoalannya sejauh mana amalan kebersihan ini dipedulikan dan diambil berat oleh setiap individu. Tak kira di tempat persendirian atau di tempat awam. Tanggung jawab siapa untuk mempedulikannya. Kita atau orang lain kerana kita juga sebahagian daripada orang lain.
Ingin rasanya berkongsi pengalaman seorang rakan yang pernah berkunjung ke negara matahari terbit yakni Jepun. Suatu hari dia nak ke tandas awam untuk melepaskan hajat. Apabila ditolaknya pintu tandas ada seorang Jepun yang berusia separuh abad sedang mencuci dan mengelap mangkuk tandas. Rakan ini bertanya adakah dia seorang pekerja membersihkan tandas tersebut. Dia beritahu dia bukan pekerja di situ, tapi baru saja selesai menggunakan tandas tersebut. Rakan ini bertanya lagi. Habis tu mengapa dicuci mangkuk tandas kalau bukan bekerja di sini. Dia beritahu, lepas ni ada orang lain pulak yang akan gunakan tandas ini. sebab tu dia cucikan. Nanti orang lain susah nak guna. Sebab tu rupa-rupanya. Oooo, barulah rakan ni faham.
Beza tak dengan kita di sini.... Kalau tandas awam jangan cakap macam mana, memang nak masuk pun 'tak lalu'. Tau guna tak tau nak flush, itu belum lagi tangan-tangan kreatif yang tak bertempat melukis dan menulis kata-kata lucah di pintu dan sekeliling dinding lagi. Tak faham betullah! Sampai bila...........
PANTUN MALAS SEMBAHYANG
Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi aku jasad siap dengan dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam dan siang
Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang
Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang
Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...
Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...
Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang....!
KUCING BERKAKI SEMBILAN?
Pernahkah anda melihat kelibat kucing berkaki sembilan di mana-mana? Pernahkah anda melihat kucing bertanduk? Mungkin kedua-dua fenomena ini tidak pernah dilihat dan tak mungkin dapat dilihat.sampai bila-bila kecuali dengan takdir Yang Maha Esa. Namun suatu hari saya ada melihat secara tidak sengaja seekor kucing yang gemuk montel berkaki sembilan sedang berjalan-jalan 'melengggang lenggok Mak Limah' setelah mendapat habuan seekor ikan dari kedai makan sebelah kedai membaiki motor. Saya beritahu seorang budak yang kebetulan berada tak jauh dari situ. Awak nampak tak seekor kucing berkaki sembilan lalu kat sini tadi. Puas dia cari namun tak nampak. Yang dia nampak hanya seekor kucing berkaki empat yang kekenyangan. Saya beritahunya memang ada tadi. yang sedang lalu di kaki lima kedai. Cuba kamu kira lima tambah empat jadi berapa. Sembilanlah pakcik. Itulah dia.......
Kasihan budak-budak
ini walaupun terpaksa bergayut pada jambatan gantung yang tergantung,
digagah jugak ke sekolah semata-mata nak ke sekolah untuk mencari ilmu
buat bekalan pada masa tua. Siapa yang sanggup buat macam ni? Di bawah
tak tau berapa ekor sang buaya yang sedia menanti sebagai habuan. Tapi
lain hal di tempat anda. Jalan raya dari depan rumah sampai depan
pintu sekolah. Buka pintu pagar rumah, masuk pintu kereta. Masuk
kereta "tut-tut" sampai pintu sekolah. Sampai di pintu sekolah, mak
bapak pulak galas beg sampai pintu kelas. Amboi hebat sungguh
budak-budak la n!. Itu pun cakap mak bapak tak mau dengar. Di sekoah
cikgu tak boleh marah, tak boleh rotan.
Jadi ingatlah jangan sia-siakan apa yang ada. Manfaatkan apa yang diperoleh. Jangan jadi tuan sebelum masanya. Belajarlah betul-betul, bila ada kedudukan nanti barulah jadi tuan. Ok!
Penguin pun pandai berkawan dan pandai mencari kawan. Nak cari kawan carilah yang boleh tolong kawan, bukan nak menjahanamkan kawan.Kawan yang dipanggil sahabat ketika susah dan senang. Nak cari kawan senang, nak cari sahabat tu yang susah. Jangan ingat kawan dengan sahabat tu sama. Senang sama senang, susah sama susah. Itu yang dipanggil sahabat sejati.
Budak-budak la... ni... banyak yang rosak kerana kawan. Sanggup tipu mak bapak kerana kawan. Tapi tak pulak yang tipu kawan kerana mak bapak. Selepas ni jangan buat dah perangai macam tu....!
Macam katak ni, dia berkawan dengan semua. Tak kira dengan siapa. mamalia ke, ampibia ke semua dia berkawan. Sanggup dokong kawan pulak tu! Tak rasa nak aniaya pun. Walhal dia boleh buat macam-macam tapi dia tak ada niat pun. Dengan mula 'slamber' tahan belakang. Katak pun ada hati perut. Kita ada perut, tapi tak ada hati. Betul ke...! "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat".
Renungkanlah dan cerminkan diri. Siapa kita sebenarnya.
Jika kita hendak tahu baik manusia, tengok kepada tingkah lakunya;
Dalam bercakap dia beradab,
Dalam berjalan dia sopan,
Dalam duduk dia tawaduk,
Dalam berdiri dia berbudi.
Kalau nak tahu baiknya orang, budi bahasanya engkau pandang;
Bercakap lidahnya sedap,
Berkata bermanis muka,
Berbual berlurus akal,
Bermesyuarat menurut adat,
Bekerja dengan ilmunya,
Kepada sahabat ingat-mengingat,
Kepada saudara jaga-menjaga,
Kepada kawan segan-menyegan,
Ditimpa musibah dia tenang,
Susah tidak berkeluh kesah,
Senang tidak sewenang-wenang,
Melarat tidak mengumpat,
Kaya tidak menganiaya,
Berlebih tidak menindih,
Kurang tidak meradang.
.
Masih wujudkah semangat kerjasama dalam kehidupan kita pada masa kini. Masih wujudkah semangat tolong-menolong pada hari ini. Teringat masa dulu-dulu, sebuah rumah dapat diangkat dan diusung dengan tulang empat kerat. Mana datangnya tenaga. Mana datangnya khudrat. Itupun dengan makan nasi dengan ikan kering masin. Tak ada pun mentega. Tak ada pun kopi kuat itu dan ini. Hanya yang ada semangat. Semangatlah yang memberikan kekuatan. Pasti!
Pelancaran 'Streamer' sebagai motivasi dan galakan kepada anak buah agar berbangga dengan tempat mereka belajar dan menimba ilmu. Agar kata-kata perangsang sentiasa tersemat di dalam dada.
Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan di Putri Ayu Chalet & Training Centre, Batu Hampat, Yan Kedah baru-baru ini untuk Staf Akademikdan Staf Sokongan selama dua hari satu malam. Tempat yang selesa dan menu yang memuaskan sesuai untuk peringkat usia pertengahan dan lagi sepuluh tahun nak pencen.
Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan di Putri Ayu Chalet & Training Centre, Batu Hampat, Yan Kedah baru-baru ini untuk Staf Akademikdan Staf Sokongan selama dua hari satu malam. Tempat yang selesa dan menu yang memuaskan sesuai untuk peringkat usia pertengahan dan lagi sepuluh tahun nak pencen.
Tahniah
kepada peserta kerana berjaya melakukan aktiviti yang direncanakan
dalam slot "Team Building " dan "Protokol & Etiket Sosial". Sebagai
penceramah dan fasilitator saya rasa semuanya sporting libatkan diri
tanpa rasa malu-malu dan segan-segan. Kalau nak lagi, nanti kita buat
kat tempat lain pulak. Kat bukit ke, kat pulau ke....... bagi tau
sajalah........
BATU HAMPAR, YAN
RASA, MERASA, BERASA, RASA-RASA, PERASAN ?
Apakah itu rasa? 'Rasa' adalah perihal sesuatu yang dikecap dengan lidah atau keadaan yang dialami oleh kulit apabila terkena sesuatu. 'Merasa' bermaksud mengalami rasa dengan lidah. 'Berasa'
pula adalah mendapat rasa yang dialami oleh bahagian badan seperti
sengal atau mempunyai rasa manis, masin, masam dan sebagainya.
'Rasa-rasanya' pula bermaksud agaknya, barangkali, seolah-olah atau ada
ingatan di dalam hati.
Perkataan yang akan dibincangkan adalah 'RASA-RASANYA'.
Rasa-rasanya
adakah kita seorang yang baik, seorang yang rajin, seorang yang
penyayang, seorang yang pemurah, seorang yang berbudi dan macam-macam
lagi yang kita rasa?
Adakah perlu kita hebahkan apa yang
kita rasa? Atau adakah kita perlu ceritakan apa yang kita rasa? Atau
adakah kita perlu tunjukkan apa yang kita rasa?
Sebenarnya
rasa pemurah, rasa berbudi, rasa baik dan rasa rajin tidaklah perlu
ditunjuk-tunjukkan, dihebah dan diceritakan. Cukuplah apa yang kita
lakukan dan pamerkan orang lain dapat merasainya secara tidak langsung.
Kita tak rasa kita rajin, tapi orang lain dapat merasai kerajinan
kita. Kita tak rasa kita baik, tapi orang lain dapat merasai kebaikan
kita. Kita tak rasa kita prihatin, tapi orang lain dapat merasai
keperihatinan kita. Jika kita turut merasainya dan menyebut-nyebutnya,
kita akan menjadi seorang yang 'PERASAN'atau ditimpa 'PERASAAN'.
Lainlah
kalau kasih sayang. Ia kadangkala perlu diucapkan dengan kata-kata.
Tidak cukup dengan tingkah laku semata-mata. 'Jangan perasan pulak
bro....... (sekadar memetik kata-kata anak muda)
Tahniah
kepada pasukan PPIM di bawah jurulatih Pn. Norhayati dan yang lain-lain
kerana bersungguh-sungguh melatih puteri-puteri SKKS sehingga mendapat
Johan Kawad Kaki Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Berbaloi
berpeluh di tengah padang. Kami tumpang berbangga dengan kejayaan
kalian.
Motivasi Dwimingguan kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan. Kata-kata perangsang dan semangat supaya tidak lupa dan alpa dengan tarikh peperiksaan yang sudah tidak lama. Ibarat menarik tali layang-layang, tidak terlalu kendur dan tidak pula terlalu 'cekang atau tegang'. Perlu betulkan 'terajunya' agar tidak terlalu melenggok sampai tidak terkawal.
Watikah
Pelantikan Pengawas Disiplin, Pusat Sumber, Makmal ICT dan Ketua Darjah
daripada 'Pak Sarjan' dari Balai Polis Kepala Batas sebagai sebahagian
daripada kerjasama dan jaringan dengan agensi setempat.
Hati dan Hati-hati
Soal
hati... soal yang sukar untuk ditelah dan difikirkan. Seketul daging
yang terisi di setiap tubuh manusia mahupun haiwan. Jika baik seketul
daging ini, maka baiklah segalanya. Ada pelbagai hati. Buah hati, suci
hati, sedap hati, baik hati, jantung hati, patah hati, besar hati, ratu
hati, cenderahati dan permata hati. Selain itu ada juga iri hati,
panas hati, susah hati, lemah hati, berat hati, sakit hati, patah hati,
hati batu, busuk hati, keras hati, kecil hati, makan hati dan jauh hati.
Antara hati-hati tersebut, ada yang positif dan ada yang positif .
Ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh pakai. Ada yang boleh harap
dan ada yang tak boleh diharap.
Dalam dunia yang penuh dengan kelam kabut ini terlalu banyak gejala
yang dipapar di dada akhbar maupun dalam media elektronik lain.
Pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak penculikan dan pembunuhan sudah
menjadi perkara yang biasa, tidak lagi luar biasa. Semuanya disebabkan
hati. Sakit hati, busuk hati, tak berhati perut dan tidak berperasaan.
Seolah-olah semua orang tidak boleh dipercayai. Bapa saudara, abang
saudara, bapa tiri malah datuk sendiri pun kadang-kadang boleh 'kelam
mata'. Habis siapa lagi yang boleh diharap. Nauzubillahuminzalik.
So.... hati-hatilah .....waspadalah ... jaga-jagalah ....kawal-kawallah .......
Amalan Memotong Kuku
Sebahagian daripada kita sangat mengambil berat tentang disiplin diri. Sebahagian daripadanya tak kisah sangat. Take easy. Begitulah dalam hal memotong kuku. Tak kira hari apa, siang atau malam. Asal saja ada masa lapang terus potong.
Tetapi bagi mereka yang mengamalkan sunah ia dianggap sebahagian daripada cara hidup. Begitu halnya dengan amalan memotong kuku. Adalah sunat dimulakan dari dua tangan sebelum dua kaki. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari, kemudian barulah berpindah ke tangan kiri dengan dimulakan dari jari kelingking, kemudian jari manis hingga ke akhirnya.
Sesudah itu turun ke kaki kanan dengan dimulakan dari jari kelingking dan disudahi dengan jari kelingking kaki kiri. Demikian menurut Imam al-Nawawi.
Pada mulanya tentulah rasa susah. Tapi lama-lama dah biasa okla. Potong kuku saja, jangan sampai potong jari, kecuali bagi yang ada penyakit kencing manis. Terpaksa la....
Selamat mempraktikkan.....
2. Selalu positif dalam berfikir dan bertindak demi mencapai tujuan
3.
Memiliki inisiatif dalam menjalankan usaha berdasarkan motivasi yang
kuat untuk maju dan mencapai tujuan tanpa menunggu komando.
Cerita 1
Pada suatu hari saya ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut yang sudah mulai panjang. Si Tukang Gunting menyuruh saya duduk di atas 'kerusi pusing'. Dia mulai melilit kain dileher dan menutupi seluruh bahagian badan saya. Dia mulai menggunting rambut dengan penuh sopan. Tiba-tiba dia bersuara, "Encik hari ini saya akan menggunting seluruh rambut encik, biar botak."
Saya menjadi hairan mengapa dia berkata begitu.
"Encik ingat tak 15 tahun dulu, waktu saya masih bersekolah encik gunting rambut saya sampai botak kerana berambut panjang. Sayalah anak murid cikgu. Saya nakal, tak dengar cakap dan malas. Dah besar panjang inilah kerja saya cikgu, gunting rambut."
Saya berkata kepadanya bahawa saya masih berbangga dengannya walaupun pelajaran tidak tinggi tapi boleh bekerja sendiri dan mencari punca rezeki yang halal. Tidak menyusahkan mak bapak.
Cerita 2
Suatu hari gigi geraham saya rosak kerana banyak makan gula-gula waktu budak-budak. Saya ke klinik gigi untuk tujuan mencabut gigi tersebut. Seperti biasa doktor gigi menyuruh saya baring di atas kerusi lembut dan menyuruh saya membuka mulut. Saya tunjukkan gigi yang rosak tersebut kepadanya. Dia mula bersuara.
"Encik, hari ini saya akan cabut semua gigi encik mana-mana yang masih ada." Saya hairan mengapa doktor berkenaan berkata demikian.
"Encik masih ingat lagi, 20 tahun lalu encik tampar pipi saya sampai longgar gigi macam nak tercabut. Sayalah anak murid cikgu yang cikgu tampar tu, dek cakap bohong dan meniru. Tapi sejak hari tu saya tak bohong, menipu dan meniru lagi. Saya berazam nak menjadi budak yang baik dan pandai. Nak tunjuk kepada cikgu saya boleh berjaya. Hari ini saya dapat buktikan, cikgu. Terima kasih cikgu kerana menyedarkan saya sehingga menjadi orang yang berguna. Saya bangga dengan cikgu."
Dua cerita tadi saya lontarkan kepada murid-murid yang mendengar ucapan saya agar belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan hanya dapat dicapai jika tekun dan berusaha. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kemahuan menjadi cita-cita, cita-cita menjadi tabiat, tabiat menjadi disiplin, disiplin yang menentukan kejayaan kita.
Seekor anak ayam mungkin akan bertanya apa benda dalam pinggan tu. Tak pernah tengok pun. Mengapa ada dalam pinggan. Datang dari mana? Lepas ni nak jadi apa? Kalau dia tahu nak jadi habuan manusia tentu dia terkejut besar. Nasi lemak dah dok tunggu.
Dia juga masih bernasib baik kerana sempat hidup, tak sempat digoreng manusia. Sempat tengok dunia yang bermacam-macam cerita yang haru-biru ni. Tapi dunia fana ni dia tak tau terlalu banyak orang atau manusia yang pandai 'goreng' sampai tak tau, cerita/hal yang mana satu betul yang mana satu direka-reka. Biasanya orang pandai mereka-reka cerita supaya nampak betul. Namun hakikatnya kebenaran dalam ilmu Yang Maha Esa.
Amalan Memotong Kuku
Sebahagian daripada kita sangat mengambil berat tentang disiplin diri. Sebahagian daripadanya tak kisah sangat. Take easy. Begitulah dalam hal memotong kuku. Tak kira hari apa, siang atau malam. Asal saja ada masa lapang terus potong.
Tetapi bagi mereka yang mengamalkan sunah ia dianggap sebahagian daripada cara hidup. Begitu halnya dengan amalan memotong kuku. Adalah sunat dimulakan dari dua tangan sebelum dua kaki. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari, kemudian barulah berpindah ke tangan kiri dengan dimulakan dari jari kelingking, kemudian jari manis hingga ke akhirnya.
Sesudah itu turun ke kaki kanan dengan dimulakan dari jari kelingking dan disudahi dengan jari kelingking kaki kiri. Demikian menurut Imam al-Nawawi.
Pada mulanya tentulah rasa susah. Tapi lama-lama dah biasa okla. Potong kuku saja, jangan sampai potong jari, kecuali bagi yang ada penyakit kencing manis. Terpaksa la....
Selamat mempraktikkan.....
10 Sifat Semut yang patut dicontohi oleh manusia
1. Peka terhadap segala hal yang terjadi dalam lingkungannya serta selalu memelihara rasa kasih sayang.
4. Berusaha selalu optimis dalam setiap langkah, namun tidak sombong dan selalu menghargai serta menghormati orang lain.
5.
Selalu kreatif dalam berusaha dengan melakukan berbagai inovasi agar
dapat memenangkan persaingan dan menjadi ‘Leader’ dalam lingkungannya.
6.
Memiliki rasa tanggung jawab yang besar terhadap kehidupan dan
kegiatan, disiplin yang tinggi dalam menjalankan semua
peraturan/ketentuan demi mencapai tujuan.
7. Mampu menjalin kerjasama untuk memikul dan menjalankan tugas agar sukses.
8. Bekerja secara profesional, tekun dan sungguh-sungguh untuk mencapai hasil yang maksima.
9.
Memiliki komitmen yang tinggi terhadap semua keputusan/peraturan dan
kesepakatan yang telah ditetapkan serta bertanggung jawab melaksanakannya tanpa tawar-menawar.
10.
Memiliki kemampuan berkomunikasi dengan menguasai tekniknya secara baik
sehingga mampu menyampaikan segala informasi yang diperlukan tanpa
menimbulkan kesalahfahaman.
Cerita 1
Pada suatu hari saya ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut yang sudah mulai panjang. Si Tukang Gunting menyuruh saya duduk di atas 'kerusi pusing'. Dia mulai melilit kain dileher dan menutupi seluruh bahagian badan saya. Dia mulai menggunting rambut dengan penuh sopan. Tiba-tiba dia bersuara, "Encik hari ini saya akan menggunting seluruh rambut encik, biar botak."
Saya menjadi hairan mengapa dia berkata begitu.
"Encik ingat tak 15 tahun dulu, waktu saya masih bersekolah encik gunting rambut saya sampai botak kerana berambut panjang. Sayalah anak murid cikgu. Saya nakal, tak dengar cakap dan malas. Dah besar panjang inilah kerja saya cikgu, gunting rambut."
Saya berkata kepadanya bahawa saya masih berbangga dengannya walaupun pelajaran tidak tinggi tapi boleh bekerja sendiri dan mencari punca rezeki yang halal. Tidak menyusahkan mak bapak.
Cerita 2
Suatu hari gigi geraham saya rosak kerana banyak makan gula-gula waktu budak-budak. Saya ke klinik gigi untuk tujuan mencabut gigi tersebut. Seperti biasa doktor gigi menyuruh saya baring di atas kerusi lembut dan menyuruh saya membuka mulut. Saya tunjukkan gigi yang rosak tersebut kepadanya. Dia mula bersuara.
"Encik, hari ini saya akan cabut semua gigi encik mana-mana yang masih ada." Saya hairan mengapa doktor berkenaan berkata demikian.
"Encik masih ingat lagi, 20 tahun lalu encik tampar pipi saya sampai longgar gigi macam nak tercabut. Sayalah anak murid cikgu yang cikgu tampar tu, dek cakap bohong dan meniru. Tapi sejak hari tu saya tak bohong, menipu dan meniru lagi. Saya berazam nak menjadi budak yang baik dan pandai. Nak tunjuk kepada cikgu saya boleh berjaya. Hari ini saya dapat buktikan, cikgu. Terima kasih cikgu kerana menyedarkan saya sehingga menjadi orang yang berguna. Saya bangga dengan cikgu."
Dua cerita tadi saya lontarkan kepada murid-murid yang mendengar ucapan saya agar belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan hanya dapat dicapai jika tekun dan berusaha. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kemahuan menjadi cita-cita, cita-cita menjadi tabiat, tabiat menjadi disiplin, disiplin yang menentukan kejayaan kita.
Seekor anak ayam mungkin akan bertanya apa benda dalam pinggan tu. Tak pernah tengok pun. Mengapa ada dalam pinggan. Datang dari mana? Lepas ni nak jadi apa? Kalau dia tahu nak jadi habuan manusia tentu dia terkejut besar. Nasi lemak dah dok tunggu.
Dia juga masih bernasib baik kerana sempat hidup, tak sempat digoreng manusia. Sempat tengok dunia yang bermacam-macam cerita yang haru-biru ni. Tapi dunia fana ni dia tak tau terlalu banyak orang atau manusia yang pandai 'goreng' sampai tak tau, cerita/hal yang mana satu betul yang mana satu direka-reka. Biasanya orang pandai mereka-reka cerita supaya nampak betul. Namun hakikatnya kebenaran dalam ilmu Yang Maha Esa.
Dalam
sebuah kehidupan seseorang akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai
impian dan cita-cita. Berkat ketabahan dan kekentalan diri akhirnya
impian akan menjadi kenyataan. Tatkala itu diri sudah mula lupa asal,
kesusahan dan kepayahan yang pernah dilalui. Kejayaan yang dicapai
mulai dirasai hasil penat lelah dan susah payah diri sendiri. Tanpa
disedari ia adalah hasil daripada sokongan orang sekeliling. Semakin
tinggi puncak didaki semakin jauh dari rumput di bumi. Sesekali perlu
juga turun ke bumi.
Kalian
insan ciptaan Tuhan perlu diberikan kesempatan untuk merasai dan
mengecapi nikmat kehidupan. Biar semuanya dapat berkongsi. Tiada
siapa yang monopoli. Burung yang seluruh kehidupan sentiasa dikurung di
dalam sangkar sesekali biarlah bebas untuk melihat dunia yang luas,
merasai nikmat seperti insan lain yang bebas mengecapi nikmat Ilahi.
Biar kucing pula berada dalam sangkar merasai bagaimana kehidupan seekor
burung yang terkurung. Makan diberi tapi tiada kebebasan diri.
Begitu
juga kehidupan di fana ini. Sesekali orang senang patut merasai
pengalaman orang yang kurang berada, dan orang yang susah berilah
sedikit peluang untuk merasai cebis-cebis nikmat yang tidak pernah
dirasai sebagaimana orang yang yang lebih berada. Kekayaan negara patut
dikongsi.
Saya
ada jumpa seorang budak (Mat -bukan nama sebenar). Saya tanya dia
bila dia beranak(lahir). Dia cakap hari Rabu di sebuah hospital. Saya
tanya seorang budak lagi (Lan- bukan nama sebenar). Dia cakap hari
Ahad, di mana dia tak tau sebab mak dia tak bagi tau. Dia pun tak
pernah tanya. Mat jadi hairan. Mat tanya Lan, "Hari Ahad bukan ke
public holiday. Semua pejabat cuti, mana ada orang pi kerja, mana boleh
beranak." Lan jadi marah. "Awak ingat mak aku nak beranak boleh
tunggu hari ke? Bila dia rasa nak beranak, dia beranak la." Relak la
Lan, jangan 'mare' (marah).
Suatu hari
semasa saya ke pekan Kulim sebuah daerah di selatan negeri Kedah Darul
Aman saya terpandang dua orang lelaki sedang berjalan beriringan
menyusuri laluan bahu jalan raya. Seorang memimpin tangan seorang lagi
yang memegang sebatang tongkat putih. Rupa-rupanya lelaki bertongkat
putih menghadapi masalah penglihatan (kurang upaya penglihatan bahasa
yang lebih manis). Apabila saya mendekati mereka berdua, saya dapati
lelaki yang memimpin rakannya juga menghadapi masalah kabur penglihatan.
Saya
amat kagum dengan lelaki berkenaan. Bagaimana seorang yang perlu
dipimpin memiliki hati nurani yang sangat mulia sanggup memimpin orang
lain sedangkan diri sendiri amat memerlukan pertolongan dan pimpinan.
Persoalannya bagaimana hati kecil kita andai terpandang insan-insan yang
memerlukan perhatian dan bantuan. Berapa kerat yang sanggup
berhentikan kereta sama ada mewah atau sederhana memberikan sedikit
ihsan. Dan berapa kerat insan yang insaf atas nikmat dan rahmat yang
Allah berikan. Hakikatnya apa yang kita miliki bukanlah milik kita yang
kekal, namun kita pinjam daripada Yang Maha Esa. Semuanya akan kita
kembalikan apabila tiba masanya.
Salam sejahtera.
Catatan 1
Kita
sering bertanya-tanya. Apa lagi yang aku belum miliki? Apa lagi yang
aku perlu ada? Tetapi jarang kita bertanya apa yang dah aku miliki?
Apa yang dah aku ada? Sebagai seorang manusia, kita yang dikurniakan
akal dan nafsu kekadang nafsu menguasai diri. sehingga dapat menguasai
akal kita.
Kita
jarang bersyukur (bukan semua orang) dengan anugerah Yang Maha Esa.
Anugerah kesihatan.satu-satunya anugerah yang paling berharga. Kita
tersedar apabila kita sakit. Kita jarang bersyukur dengan anugerah mata
sehingga mata kita dimasuki habuk. Kita tidak sedar dengan melangkah
dan memijak bumi dengan sifat yang sombong (maaf dengan izin) sehingga
kita tersepak seketul batu. Kekadang kita hanya memandang langit
sehingga lupa untuk melihat rumput di bumi. Kita memberikan perhatian
kepada orang yang berada, sehingga lupa kepada orang yang memerlukan
pertolongan dan bantuan. Adakah memang itu sifat manusia... pelupa.....
Catatan 2
Kejayaan
kita. Adakah kejayaan kita selama ini hasil usaha dan inisiatif diri
sendiri? Atau dengan bantuan dan sokongan daripada orang lain? Yang
pastinya kita tidak mudah naik ke atas jika tiada orang yang menolak
dari bawah. Kita menjadi guru dengan adanya murid, kita menjadi doktor
dengan adanya pesakit, kita menjadi pemandu dengan adanya penumpang,
kita menjadi imam dengan adanya makmum, kita menjadi pemimpin dengan
adanya pengikut dan seterus........
Pendek
kata, kita berjaya dengan adanya orang di sekeliling kita. Manusia
tidak boleh hidup bersendirian. Bukankah hawa dijadikan untuk menemani
adam? Kita dijadikan berpuak-puak dan berbangsa-bangsa bukan untuk
bersengketa tetapi untuk mengenali dan memahami antara satu sama lain.
*Kepada rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan dan semangat, jutaan terima kasih saya ucapkan. Andalah pembakar semangat saya untuk terus berjuang dalam medan pendidikan.
Catatan 3
Semua
orang boleh dan berkeupayaan untuk melukis dan melakar. Lukisan yang
pelbagai dan lakaran yang pelbagai. Berbagai-bagai corak dan fenomena
mampu dilakarkan. Sama ada di atas kertas, kanvas hatta di atas kulit
kayu. NAMUN berapa ramai yang mampu untuk mewarnakan lakaran atau
lukisan yang dihasilkan. Tak semua berkeupayaan. Tak semua
berkemampuan. Tak semua berkesempatan.
Begitu
jua dalam kehidupan seharian. Banyak perkara yang kita fikirkan.
Banyak perkara yang kita rancangkan. NAMUN tidak semua kesampaian.
Warna cerah yang kita pilih, namun warna yang suram membayang. Semuanya
menuntut kepada KESABARAN dan KETABAHAN.
"Semua orang boleh melukis, tidak semua boleh mewarnakan"- warna kehidupan