Mutiara Kata


MUTIARA KATA
    1.     Setiap usaha baik ada halangan, setiap halangan ada pengorbanan, setiap pengorbanan ada kejayaan.

2.     Berfikirlah dengan rasional, jangan berfikir dengan emosional.

       3.     Kadang-kadang orang mengatakan bahawa sejarah berulang.  Tetapi sesetengah manusia lagi mengatakan bahawa sejarah tidak pernah berulang.  Yang berulang ialah tingkah laku dan perangai manusia.
 Ahli sejarah

     4.     Keinginan menjadi cita-cita.  Cita-cita menjadi daya usaha. Usaha menghasilkan tabiat. Tabiat yang baik menjadi disiplin.  Disiplin yang menentukan kejayaan kita.

5.     Apabila ada yang berkata ‘tidak boleh’,  ia menandakan anda perlu berfikir dan melakukan sesuatu.
 John Cage.

         6.           Apa yang ada di hadapan kita dan di belakang kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang ada di dalam diri kita.
Ralph Weldo Emerson.
7.     Jika kita marah, marahlah dengan bijaksana.

       8.       Nasihat lebih baik daripada teguran.  Teguran lebih baik daripada kritikan.  Kritikan lebih baik daripada hukuman.

 
        9.      Jika kehormatan itu menjadi pakaianmu, maka ia akan kekal seumur hidup, tetapi kalau pakaian menjadi kehormatanmu, maka ia akan lekas robek.
Arnot
  10.  Anak-anak kecil mengganggu tidur ibu, tetapi anak-anak besar mengganggu kehidupan ibu bapanya. 
Peribahasa

       11.  Ada banyak pokok dan tidak semua berbuah, ada banyak buah tetapi tidak semua baik, ada banyak ilmu pengetahuan tetapi tidak semuanya berguna. 
Nabi Isa
12.  Sebiji nasi amat berguna ketika lapar, setitik air amat berguna ketika dahaga.

13.  Biar diri mengawal perasaan, jangan perasaan mengawal diri.

14.  Pencetus perkara positif, pelerai perkara negatif

15.  Guru adalah seorang pelajar.

16.  Kurangkan kesilapan dengan teguran.

           17.  Bersibuk-sibuklah kita mengenai urusan akhirat, nescaya Allah akan bersibuk-sibuk pula tentang urusan kita di dunia.
Omar Abdul Aziz

       18   .  Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup.  Orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh.
Luqman al-Hakim


      19 .  Meninggalkan sesuatu amal kerana manusia riak namanya, beramal kerana manusia syirik namanya, tetapi jika kita ikhlas Allah menyelamatkan seseorang daripada bahaya kedua-duanya.
 Nasihat Fadzli ahli fikir Tasauf

        20.  Aku berpesan kepadamu hendaklah engkau takut kepada Allah tentang urusan manusia, tetapi janganlah takut kepada manusia tentang urusan Allah.
Nasihat khalifah Umar al-Khattab



     21.     .Pemimpin umat Islam hendaklah mempunyai 4 sifat: Lembut bukan bererti lemah, keras bukan bererti angkuh, berjimat bukan bererti bakhil dan pemaaf yang tiada had.  Jika salah satu daripadanya tidak dimiliki, rosaklah semuanya.
Nasihat Umar al-Khattab

  22.      Buruk laku seseorang itu menambahkan buruknya amalan,  sebagaimana cuka merosakkan madu.
 Iman Ghazali

     23.      Silap seorang dokktor hilang satu nyawa, silap seorang pemimpin rosak satu satu organisasi, silap seorang guru rosak satu generasi.

24.      Belajar daripada kesilapan, berusaha  daripada kelemahan.

25.      Kesabaran adalah kemuncak dalam kehidupan.

26.      Memberi teguran memanglah mudah, menerima teguran amatlah sukar.

       27.      Menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang terlarang adalah lebih baik daripada mengubatinya dengan bertaubat.
Saidina Umar al-Khattab

     28.  Ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk, ikut resmi kapal terbang semakin tinggi semakin senyap bunyi enjin.
Aziz Jaafar

29.      Ikut resmi kipas, lagi kuat berpusing, lagi sejuk di sekelilingnya.
Aziz Jaafar

30.  Sahabat yang paling baik bagi seseorang ialah 10 batang jarinya sendiri.
Marden O.S

31.  Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.
Saidina Umar al-Khatab

     32.  Barang siapa yang jernih hatinya akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata wajahnya. Saidina Umar al-Khatab

      33.  Kemuliaan yang dicapai adalah dengan akal dan adab, tiada dan bukan dengan asal keturunan dan bangsa.
Saidina Ali Abi Talib

     34.  Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya tumbuh di tepi jalan. Dilempar dengan batu tetapi dibalas dengan buah.
Saidina Abu Bakar

     35.  Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh.
Amru al-As

       36.  Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut.  Tetapi apabila suatu ketika dia berkata “Aku sudah pintar” maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.
Luqman Hakim

37.  Perkara yang menyeronokkan selalunya kurang berfaedah.

     38.  Pengetahuan manusia itu bersumber daripada empat perkara iaitu akal, hati, deria dan nafsu.  Bahagialah orang yang memanfaatkan akal, membersihkan hati, mengawasi deria dan menunggangi nafsu.
Imam al-Ghazali

     39.  Sekiranya kita merancang untuk satu tahun, tanamlah gandum.  Sekiranya kita merancang untuk satu dekad tanamlah pohon.  Sebaliknya sekiranya kita merancang untuk satu abad tanamlah manusia.
Confucious

     40.  Kebijaksanaan manusia diukur pada akal dan lidahnya (tutur katanya).  Ia tidak pernah dinilai daripada umurnya.
Umar Abdul Aziz


     41.  Jika kita semua menjalankan tugas kita dengan sempurna, tidak akan ada orang lain yang tidak menjalankan tugas.  Sebaliknya jika kita menanti-nanti orang lain, maka tiada sesiapa pun yang mengorak langkah memulakannya.

       42.      Setiap orang mungkin melakukan kesalahan, tetapi hanya orang yang bodoh sahaja yang mengulanginya.

         43.      Membiarkan diri dengan kesilapan-kesilapan kecil akan menjerumuskan kepada kesilapan yang lebih besar.

       44.      Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi terletak pada kesanggupan tegak kembali setiap kali jatuh.

45.      Kita tidak dapat mengambil hati orang, kecuali kita sanggup memberi hati kita.

     46.      Duduk dengan orang soleh lebih baik darida duduk seorang diri dan duduk seorang diri lebih baik daripada duduk bersama-sama orang jahat.

        47    .      Katakan sesuatu itu mungkin sukar tetapi boleh dilakukan, jangan katakan sesuatu itu boleh dilakukan tetapi sukar.

48.      Bayang tidak akan betul jika kayunya bengkok.

    49.      Mereka yang tidak sependapat dengan kita adalah orang yang paling banyak memberikan pelajaran kepada kita.

50.      Hormatilah perkataan sendiri kerana di situlah letaknya penghormatan orang kepada kita.

51.      Sukat padi kerana gantangnya, sukat kata kerana kebenarannya.

52.      Lebah mencari madu, manusia mencari ilmu.

          53.      Barangsiapa tahu akan kesalahan sendiri dan tidak membangkitkan kesalahan orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapa pun.

        54.      Kekuatan sebenar seseorang itu tidak diukur pada kejayaannya mengekalkan kejayaan, sebaliknya pada kejayaan bangun dari kegagalan.
Ahli fikir

55.  Bisa yang paling berbahaya ialah bisa lidah.

56.  Peti  ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itu jahil.
Imam Shafie

57.  Sabar dalam detik kemarahan menghindarkan kita dari seribu kesilapan.

58.  Manusia tidak akan tahu siapa dirinya kecuali melalui ujian.

59.  Optimis mencium bunga, pesimis terkena  durinya.

60.  Betulkan yang biasa , biasakan yang betul.

61.  
Apabila anda betul semua orang lupa, apabila anda silap semua orang ingat.

Peribahasa Ireland


62.      Lebih banyak anda bercakap mengenai diri sendiri lebih besar kekerapan anda untuk berbohong.


63.      Kesabaran menambah kekuatan keperibadian.

64.      Perubahan mesti ada kemahuan.

65.       Jika ada kemahuan perkara susah menjadi senang, tetapi jika tiada kemahuan perkara senang menjadi susah.

66.      Banyak pun habis, sedikit pun cukup.

67.      Lebih baik kurang makan daripada kurang berilmu.
Peribahasa India

68.      Langit itu tinggi tak tertatang, laut itu dalam tak terselami.

69.      Sudah hujan baru mencapai payung, sudah tercungap di air baru sedar perahu dah karam.


70.  Barang apabila banyak akan menjadi murah tetapi akan apabila banyak ia sangat berguna.

71.  Kita dilarang takbur dan mencari nama tetapi kita tidak dilarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi pekerti.

72.  Gila hormat dilarang tetapi menjadi orang terhormat harus menjadi tujuan hidup.

73.  Tanpa mendaki gunung tiada sesiapa pun mengetahui betapa tingginya langit, tanpa menuruni lurah tiada sesiapa pun  mengetahui betapa pejalnya bumi.

74.  Manis gula tidak meninggalkan kesan yang lama pada lidah tetapi manis kata-kata akan kekal manisnya di hati.

75.  Apa dirajuk air diruang kalau nak karam ditimba jua.

76.  Hujan berpokok, sakit bermula, mati bersebab.

77.  Sudah terbolos baru nak melantai.

78.  Orang yang terlalu mendendam mengekalkan kepedihan luka-luka lamanya.

79.  Pokok yang sudah reput tidak berbuah dan kata-kata yang kosong tidak berharga.

80.  Orang yang berjaya ialah orang yang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, orang yang tidak berjaya ialah orang yang sentiasa merungut tentang masalah.
 

No comments:

Post a Comment