Trip to HK



Pengalaman Melancong ke Hong Kong Bersama-sama Keluarga
Berkesempatan melihat dan meninjau bumi Hong Kong yang indah ciptaan Tuhan amat menyeronokkan dan menambah pengalaman dalam hidup. Dua keluarga bergabung (bersama-sama biras) memulakan perjalanan.
12 Mac
Berlepas dari LTAB Pulau Pinang pada jam 7.00 pagi.  Tiba di KLIA pada jam 7.45 pagi.  Seterusnya berlepas dari KLIA ke Hong Kong pada jam 9.30 pagi.  Dengan kelajuan 850km/jam sampai di Hong Kong Airport pada jam 1.00petang.  Tunggu bas (semuanya dua tingkat) dan sampai di Imperial Hotel pada jam 3.30 petang.  Rehatkan badan dan menguruskan diri.
8.00 malam berjalan-jalan di sekitar bandar Kowloon melihat gelagat manusia yang tidak putus-putus ke hulu ke hilir dengan urusan masing-masing.
Menyaksikan pertunjukan cahaya dan bunyi di Harbour City.

13 Mac
Bersarapan di Ottaya Restaurant pada jam 7.00 pagi.  Makan apa yang boleh dimakan sahaja.  Ambil keretapi laju dari Tsim Sha Tsui. Turun di Lai King Station, sambung ke Sunny Bay Station baru sampai ke Disney Land.

























14 Mac 
Seawal jam 7.30pagi menaiki Big Bus Tour untuk mengelilingi bandar Hong Kong.  Bas dua tingkat.  Tingkat atas tidak berbumbung. 
 


Menaiki feri ke seberang pulau seperti feri Pulau Pinang pulak.  Naik tram ke Peak Tram.  Sampai 'bengang' telinga. Nasib baik tak 'bengong'.  


8.00mlm.shopping sikit-sikit sebagai ole-ole sebelum balik ke Malaysia. Beli apa-apa yang patut.  Lepas tu barulah kemas beg dan barang.

15 Mac seawal 5.30pagi ambil teksi dari Imperial Hotel ke Hong Kong Airport.  7.30pagi check in dan 8.45 pagi baru terbang dengan pesawat MAS, sampai di KLIA pada jam 12.15tgh.  Pukul 2.20ptg. baru terbang ke Penang. 4.15 sampai ke LTAB Penang.  Terus ambil van ke rumah.  Pukul 5.00ptg. baru sampai ke rumah.  Alhamdulillah sampai dengan selamat.

No comments:

Post a Comment