Saturday, July 24, 2021

 HATI-HATI DENGAN PRASANGKA, KERANA MATA SERINGKALI MENIPU

Kisah Penjahit Tua dan Penjual Daging
Seorang penjahit tua tinggal di sebuah desa kecil dan selalu menjahit pakaian yang sangat rapi dan indah lalu menjualnya dengan harga yang bagus dan cukup mahal..
Suatu hari, seorang lelaki miskin dari desa datang kepadanya dan berkata kepada penjahit, "Tuan menghasilkan banyak wang dari pekerjaan tuan, tapi mengapa tuan tidak membantu orang miskin di desa..?"
Lihatlah penjual daging di desa yang tidak pun banyak wang tapi setiap hari membahagikan daging percuma kepada orang miskin.
Penjahit itu tidak menghiraukannya dan hanya tersenyum tenang...
Orang miskin itu keluar dari kedai penjahit dan menceritakan kepada penduduk di desa bahawa tukang jahit tua itu kaya tetapi kedekut, sehingga orang-orang desa membencinya...
Lalu setelah beberapa waktu, penjahit tua itu jatuh sakit, dan tidak ada pun penduduk desa yang peduli kepadanya, lalu dia meninggal sendirian...
Hari-hari berlalu dan orang-orang desa menyedari bahawa si penjual daging tidak lagi membahagikan daging percuma kepada orang miskin...
Ketika mereka bertanya kepasa penjual daging, lalu dia memberi tahu mereka bahawa si tukang jahit tua itulah yang selama ini memberi saya sejumlah wang setiap bulan untuk sedekah daging percuma kepada orang miskin, setelah dia meninggal, maka berhenti juga sedekahnya.
Moral of the story :
Orang lain mungkin akan beranggapan atau berfikir buruk tentang anda, jangan risaukan itu tidak penting.. kerana itu tidak akan menguntungkan anda, juga tidak akan merugikan anda. Yang penting adalah apa yang Allah ketahui tentang anda.
Jangan menilai seseorang dari apa yang anda lihat darinya, kerana dia mungkin memiliki hal-hal baik dalam hidupnya, yg anda tidak mengetahuinya. Selalulah berprasangka baik kepada orang lain.
Kredit : Pesan Bonda
May be an image of one or more people
ers

ZIKIR  HARIAN IMAM AL-GHAZALI




Friday, January 24, 2020

Tuesday, February 9, 2016

10 Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21. Penghargaan buat SMK Tambunan, Sabah









Friday, December 11, 2015


Kerja yang berat, hasilnya pasti yang terbesar.
 

 Carilah sahabat yang sanggup menolong di kala susah dan senang.

 Kerja menjadi mudah dengan cara yang betul

 Kejayaan pasti milik kita, jika terus berusaha

 Pilihan di tangan kita

 Kerjasama menguntungkan semua

 Tahu menggunakan sesuatu dengan cara yang betul